Tentang Balung

Sebuah ladang yang di kendalikan oleh keluarga sejak tahun 1979, Kesemua tanaman dan pokok herba kami hidup subur di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo , Malaysia. Kami mengawal proses dari peringkat ladang ke peringkat pembungkusan bagi memastikan mutu pengeluaran produk kami berkualiti.

Monday, June 2, 2014

Herba Misai Kucing dari Balung Plantation

Balung Plantation telah pun menghasilkan dan memasarkan produk dari Herba Misai Kucing ini. Dengan harga yang di tawarkan amatlah berpatutan dan mempunyai khasiat yang amat baik untuk mereka-mereka yang menderita penyakit berkaitan pundi kencing , ginjal mahupun buah pinggang. Kini produk misai kucing ini boleh di beli secara online. Sila klik butang email atau inbox mesej di facebook kami.

Pohon herba yang lebih dikenali sebagai misai kucing di negara ini atau nama saintifiknya, orthosiphon staminues, kian mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat lantaran khasiat semula jadi tumbuhan berkenaan.

Berdasarkan kajian, daunnya yang sudah dikeringkan bersifat diuretik apabila daun berkenaan terdiri daripada sebatian kimia orthosifonin dan garam kalium.

Ia adalah bahan utama yang membantu melarutkan asid urik, fostat dan oksalat dalam ginjal. Tiga komponen berkenaan pula, jika tidak dibuang daripada ginjal boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Justeru, herba misai kucing dapat membantu merawat masalah batu karang, membersihkan saluran kencing dan sakit waktu hendak membuang air kecil di samping membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan dan sakit sendi.

RM25.90 (WM)
RM23.90 (EM)

Klik senarai produk untuk melihat produk kami yang lain :


No comments: