Tentang Balung

Sebuah ladang yang di kendalikan oleh keluarga sejak tahun 1979, Kesemua tanaman dan pokok herba kami hidup subur di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo , Malaysia. Kami mengawal proses dari peringkat ladang ke peringkat pembungkusan bagi memastikan mutu pengeluaran produk kami berkualiti.

Saturday, June 28, 2014

Melegakan batuk berkahak dengan cara semulajadi

Salam sejahtera dan Assalamualaikum .. Selamat berpuasa di ucapkan kepada  mereka yang ber agama Islam. Semoga dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tahun ini. Puasa tahun ini jatuh pada musim cuaca yang tidak menentu , kadang-kadang panas melampau , kadang-kadang hujan lebat selebat - lebatnya. Ianya memberi kesan kepada mereka yang tidak tahan dengan keadaan cuaca sebegitu.

 

Betul bukan ? Ada yang batuk tak baik-baik ? di tambah pula dengan kahak.
Ianya amat menyeksakan bukan ? Sudah cuba pelbagai jenis ubat - ubatan namun tidak memberi kesan ?

Disini saya tuliskan satu petua turun temurun yang mana saya sendiri  mengamalkan nya.

Amat jarang batuk , tetapi sekali terkena batuk amat susah baik. Hanya menggunakan madu dan segelas air suam , Insyallah batuk anda akan berkurangan dan seterusnya sembuh.

Cara mengamalkan madu untuk batuk berkahak 
  • Ambil satu sudu teh madu ( gunakan sudu plastik bukan sudu besi ) di khuatiri khasiatnya hilang , dan makan madu tersebut.
  • Air suam untuk di minum .. hehe lawak je ye kalian .. sebenarnya bila kita batuk , seeloknya kita ambil air kosong banyak-banyak untuk meredakan panas dalam badan tu. 
Itu sahaja .. selamat mencuba ...

Info : Madu selain dari merawat penyakit ianya juga boleh membuang toksin dalam badan , mengurangkan kolesterol dan menambah seri muka bagi sesiapa yang megamalkanya .. 

daa ~ 

No comments: