Tentang Balung

Sebuah ladang yang di kendalikan oleh keluarga sejak tahun 1979, Kesemua tanaman dan pokok herba kami hidup subur di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo , Malaysia. Kami mengawal proses dari peringkat ladang ke peringkat pembungkusan bagi memastikan mutu pengeluaran produk kami berkualiti.

Tuesday, August 19, 2014

Teh Serai : Khasiat teh serai

Assalamualaikum dan hari , hari ni kita nak senaraikan beberapa khasiat teh serai. Antara 4 khasiat teh serai yang anda boleh dapat jika mengamalkan nya adalah : 



  • Mengatasi gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut,masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
  • Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.
  • Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
  • Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.
Di Balung kami menyediakan teh serai yang telah siap di proses , dan di pek supaya lebih mudah untuk di amalkan setiap hari , harga tak mahal mana dan yang paling penting , Balung menggunakan bahan 100% dari ladang sendiri. Mari cuba teh serai kami , yang terbaik hanya dari Balung.
Harga teh serai / teh gaharu & teh misai kucing.

➡️ RM22.50 ( 25 uncang ) 
➡️ RM13.50 ( 15 uncang ) 

untuk membuat pembelian boleh 
📱 whatsapp : 013-8176052
💻 email : maznizan.hassan@balungplantation.com

No comments: