Tentang Balung

Sebuah ladang yang di kendalikan oleh keluarga sejak tahun 1979, Kesemua tanaman dan pokok herba kami hidup subur di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo , Malaysia. Kami mengawal proses dari peringkat ladang ke peringkat pembungkusan bagi memastikan mutu pengeluaran produk kami berkualiti.

Thursday, July 3, 2014

Minuman Detox di rumah ? - RESEPI

DETOX - APA ITU DETOX ?

Detoksifikasi (detoks) adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Puasa merupakan salah satu cara efektif detoksifikasi. Pembersihan dan detoks meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam tubuh kita. Organ vital yang menjadi target dalam program pembersihan racun yang efektif adalah usus besar (pengeluaran) dan liver (detoksifikasi).

ATAU KATA MUDAH :

Jika anda tiba-tiba rasa macam malas begerak , berat semacam je badan , tak cergas , sakit kepala , jerawat tiba-tiba naik di muka / badan. Elok lah buat detox ni.


Jadi sesiapa yang ingin melakukan DETOX untuk diri sendiri boleh cuba resepi yang di kongsikan di sini. Gambar dan resepi di ambil dari website www.prettyscraps.com , website luar negara. Namun ... percaya lah .. selepas mencuba resepi ini dan mengamalkan nya anda akan merasa kelainan nya. 

Bahan-bahan JUS LEMON + PUDINA + TIMUN untuk DETOX

  • 1 biji lemon
  • segemgam daun pudina 
  • 1 biji timun size kecil


Potong limau + timun nipis2 , masukkan daun pudina sehelai-sehelai , dan masukkan air ke dalam jag yang sama.. Setelah selesai simpan di dalam peti ais semalaman.

Esok pagi dah boleh minum.

Semoga bermanfaat :)


No comments: